Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Sunday, July 22, 2007

Agustin...Agustin

July 13, 2007


Salam,

Agustin...Agustin...Erm, nak buat mcm mana lagi ye? Tapi alhamdulillah, dlm beberapa hari dalam minggu ni, nampak ada perubahan sedikit. He's willing to follow what I've said. Tapi kejap je ingat nye...dalam terpaksa ke Agustin, I've tried to involved him in every my P & P...tp sangat susah, last2 yg lain-lain x keruan...sometimes let go Agustine with his own world sekejap sementara mengajar yg lain, then sambil beri latihan kpd yg lain...baru la Agustin dpt perhatian...seems Fini x adil pula kan? Fini perasan yg Agustin really needs one to one approach. Alhamdulillah, td sepatutnya selepas rehat, Fini tiada kelas...tapi disebabkan Tahun 3 waktu AG, Agustin tiba2 nak masuk Kelas Pemulihan...ok...takpe...suatu yg sukar nak dijangka...time dia nak ni kena gunakan sebaik mungkin sbb Agustin ni...kalau dia cakap x nak...memang x nak. Jadi, Fini bawa la dia ke kelas...tajuk on spot...'Penambahan dalam lingkungan 10'. Fini perasan Agustin can recognize 1-10 in sequence...tp secara rawak...kena ikut urutan juga...Kenalkan dia dgn ayat matematik (melintang), kenalkan simbol (+), dan (=)...ajar gunakan dekak-dekak untuk dapatkan jawapan. Alhamdulillah hanya 2/3 yang tersilap kira dekak-dekak. Bagusla Agustin, Cikgu rasa happy...tp sikit je mengecewakan Cikgu...kenapa Agustin tak pakai tag perkataan yg Cikgu bagi td? Erm, dh agak juga...seminggu yg lepas...Fini tanya2...risik2..."Kalau Cikgu buatkan tag perkataan...nak pakai ke tak?" Agustin jawab, "Tak mau, cikgu...malu." Tapi kalau kwn2 yg lain2 semangat..."Saya nak pakai, cikgu." Siap Agustin jawab, "Cikgu bagila orang lain pakai..saya tak mau." Ish...pening juga...takpe2...insyaAllah...ikhtiar cara lain...Nantila Agustin...

Razemin (T2) pula tak hadir hari ni...di sini kalau ada yg tak hadir...mesti berekor...Razemin tak hadir, maknanya kakaknya Regina (T4) pun tak hadir...Eda (T1) adiknya pun sama...makciknya Yah (T5) pun sama. Dengar cerita..balik kampung (Selangor) ambil durian..ai..musim..bila la Cikgu nak dpt rasa durian Sg.Miak ni? (",)

Petang td alhamdulillah berjalan lancar program Bengkel Strategi Menjawab Soalan UPSR 2007 di SK Sri Layang, Genting Highlands...punya la seronok pelajar2 ni naik lori Jabatan Hutan, kami cikgu ni pun seronok tambah malu...bak kata Idham..."Cikgu, org yg lalu tadi ckp mcm zoo bergerak." Haha, awk sendiri yg rasa mcm tu, bukan Cikgu cakap tau. Pening jalan ke GH tambah kebisingan sbb suka sgt kot. Selamat sampai, sedang bersalaman dengan guru SK Sri Layang, mcm kenal je...Fini tegur tanya pernah mengajar di SRK Sulaiman (kini SK Sulaiman)...ye...betul...rupanya guru SK Sulaiman...jumpa semula guru sekolah rendah dulu, walaupun tidak mengajar Fini tapi Fini ingat rupa. Rupanya still mengajar di SK Sulaiman dan penceramah hari ni. Dah jadi Guru Pakar Sains rupanya Cikgu Mariani bt Ali.

//Sayangnya, Fini terlupa bawa kamera...huhu...

July 13, 2007 in School

No comments: